Cari:
Perlu Pandai Berjemur
2012-09-25 12:54:10 CRI Cetak

Hampir semua kehidupan di bumi memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh dengan sihat, termasuk manusia sendiri. Walaupun berjemur di bawah sinaran matahari amat bermanfaat, namun, sinar matahari yang kuat pada musim panas pula akan menjejaskan kesihatan kita. Maka kita perlu pandai berjemur.

Menurut kajian saintifik, berikut adalah enam faedah berjemur dengan sederhana;

1. Sinar ultralembayung matahari boleh membunuh kuman dan membantu mencegah serangan virus;

2. Kulit manusia akan menghasilkan vitamin D yang akan membantu tubuh menyerap kalsium;

3. Kulit akan lebih sihat kerana kuman yang boleh menyebabkan penyakit kulit akan dibunuh oleh sinar ultralembayung matahari;

4. Dengan berjemur, fungsi sel fagosit juga akan semakin dinamik, sekali gus meningkatkan daya tahan badan manusia

5. Sinar matahari akan melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan metabolisme di samping menenangkan fikiran kita;

6. Sinar ultralembayung matahari dapat merangsang tulang sumsum untuk menghasilkan sel-sel darah merah bagi mencegah penyakit anemia.

Walaupun bermandi cahaya matahari sangat penting bagi kesihatan kita, namun kita perlu mempelajari cara-cara yang berkesan dan selamat demi mengelakkan kesihatan kita terjejas oleh sinar matahari.

Antaranya langkah yang boleh diambil bagi mencegah kesan negatif sinar matahari yang kuat adalah dengan menggunakan losen atau minyak mencegah cahaya matahari, payung, baju panjang dan cermin mata hitam. Selain itu, masa untuk bermandi cahaya matahari perlu diberikan perhatian. Menurut cadangan pakar berkenaan, masa terbaik ialah sebelum pukul 10 pagi dan selepas pukul 4 petang.

Apakah cara anda untuk berjemur sambil mencegah kesan negatif cahaya matahari? Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 3 Okt 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China