Sukarelawan antarabangsa bukan sahaja tenaga positif dalam masyarakat, malah juga sumber yang amat berharga malah tidak ternilai. Bantuan yang dihulurkan sukarelawan antarabangsa bukan sekadar dalam bentuk harta benda, tetapi juga sokongan emosi dan kasih sayang.
Beribu-ribu orang sukarelawan antarabangsa warga China membuat sumbangan di seluruh dunia pada setiap tahun. Miu Ying adalah salah seorang sukarelawan China yang kini menuntut di Kolej Hubungan Antarabangsa Universiti Peking. Beliau telah tiga kali dihantar oleh pertubuhan sukarelawan, GLA (Green Leaders Adventure Ltd) untuk mengambil bahagian dalam dua program bantuan di Kemboja. Bantuan utama GLA adalah dalam sektor pembinaan infrastruktur serta rancangan kesihatan dan pemakanan bagi kanak-kanak. Kini, tiga buah rumah anak yatim telah ditubuhkan melalui program bantuan GLA.
Kita akan mendapat kegembiraan ketika membantu orang lain, bak kata pepatah China, "Beri mawar kepada orang lain, wanginya masih tinggal di tapak tangan".
Topik tentang golongan sukarelawan antarabangsa dan cerita mengenai Miu Ying serta GLA akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 22 Ogos 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn