Cari:
Jom Tonton Sukan Olimpik London!
2012-07-31 11:08:23 CRI Cetak

Sukan Olimpik Musim Panas Ke-30 dirasmikan di London, Britain pada 27 Julai lalu. Ini merupakan kali ketiga bandar tersebut menjadi tuan rumah kepada temasya sukan itu, selepas tahun 1908 dan 1948.

Bermula 27 Julai, api Olimpik yang melambangkan semangat manusia untuk mengejar yang "lebih tinggi, lebih pantas dan lebih kuat" akan bernyala selama 19 hari. Semangat Sukan Olimpik sentiasa ditafsirkan sebagai cita-cita untuk menang dalam persaingan melalui cara yang adil dan aksi para atlet dalam acara tersebut sudah tentu menarik perhatian peminatnya. Namun, pada waktu yang sama, semangat Sukan Olimpik sebenarnya bukan sekadar untuk mendapat pingat sahaja. Semangat yang mulia seperti saling menghormati dan menyayangi, sikap toleransi dan terbuka serta interaksi antara atlet dari pelbagai negara juga tidak kalah pentingnya.

Topik tentang Sukan Olimpik London ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 8 Ogos nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
Pandangan Anda?
v Tandas Awam: Lambang Ketamadunan Bandar 2012-07-24 12:59:32
v Suri Rumah Tangga Sepenuh Masa di Zaman Moden 2012-07-17 13:41:31
v Fenomena Haiwan Peliharaan Dijaga Seperti Anak 2012-07-10 14:57:27
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China