Penggunaan ubat-ubat merangsang telah sekian lama menjadi masalah bagi Sukan Olimpik. Baru-baru ini, dalam temasya sukat tersebut di London, beberapa atlet didapati menggunakan bahan tersebut.
Istilah "doping" digunakan di arena antarabangsa untuk merujuk kepada penggunaan sebarang ubat merangsang. Ia berasal daripada perkataan Belanda "dop" yang merujuk kepada sejenis arak yang diperbuat daripada kulit anggur oleh kaum Zulu di Afrika Selatan. Katanya, minuman tersebut dapat meningkatkan semangat dan keupayaan berperang.
Dalam Sukan Olimpik ke-3 pada tahun 1904, peserta A.S., Tomas Hicks dikatakan memenangi acara maraton setelah memakan telur yang mengandungi unsur striknina. Selepas tahun 1920-an, orang ramai beransur-ansur sedar bahawa penggunaan bahan-bahan seumpama ini perlu diharamkan dalam acara sukan. Pada tahun 1928, Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) mengumumkan larangan penggunaan ubat merangsang, diikuti oleh pelbagai pertubuhan yang lain. Namun, pada masa itu, kaedah yang digunakan untuk memeriksa atlet kurang berkesan dan tidak dapat dijalankan secara rasmi sehinggalah Sukan Olimpik ke-19.
Sejak itulah, perang antara Sukan Olimpik dengan ubat merangsang tidak berhenti-henti. Manifesto Anti Ubat Merangsang Lausanne telah diumumkan dalam Sidang Anti Ubat Merangsang Sedunia pada Februari 1999, manakala sebuah agensi bebas bagi tujuan tersebut telah ditubuhkan pada November tahun yang sama dengan slogan "Play True". Selain itu, Konvensyen Anti Ubat Merangsang telah diluluskan dengan 122 undi dalam Sidang UNESCO ke-33 pada tahun 2005, sementara hukuman terhadap atlet yang menggunakan ubat merangsang juga semakin berat.
Walau bagaimanapun, disebabkan keinginan untuk menang kadang kala jauh mengatasi semangat kesukanan sebenar, ubat merangsang yang digunakan segelintir atlet semakin hari semakin semakin canggih dan sukar dikesan. Nampaknya, perang antara Sukan Olimpik dengan ubat merangsang yang bertujuan untuk memelihara keadilan pertandingan sukan tidak akan berakhir dalam masa yang terdekat.
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 29 Ogos 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn