Cari:
Farah: Catatan Perjalanan Hari Ketiga di Suzhou -- SIP Memang 'Bandar Yang Menakjubkan'
2013-07-04 10:13:48 CRI Cetak

Setelah itu, kami melawat pula ke syarikat Juhe, sebuah syarikat pengumpul data yang agak baru ditubuhkan. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan mengumpul, memproses dan mengintegrasi data menggunakan platform JUHE yang bersifat seperti platform 'awan' (cloud). Meskipun baru ditubuhkan, syarikat ini berkembang dengan pesat. Jumlah pengguna berdaftar dengan syarikat ini mencatat sepuluh ribu pada masa ini, dan tiga ribu akaun baharu didaftarkan pada setiap bulan.

Pegawai JUHE memperkenalkan syarikatnya kepada wartawan.

Syarikat ini mempunyai 38 orang kakitangan buat masa ini yang kebanyakannya siswazah baharu dari Universiti Suzhou. Ini sudah boleh dijangkakan, sebab bidang teknologi yang sebegini baharu sudah tentulah lebih menarik minat golongan muda.


1 2 3 4 5 6 7 8
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China