Cari:
Farah: Catatan Perjalanan Hari Ketiga di Suzhou -- SIP Memang 'Bandar Yang Menakjubkan'
2013-07-04 10:13:48 CRI Cetak

Selesai melihat pejabat syarikat Sucheng, rombongan kami dibawa ke bangunan Pejabat Pentadbiran SIP untuk bertemu dengan dua orang pegawainya, iaitu Wang Xuejun, Pengarah Biro Perlindungan Alam Sekitar dan Xu Wenqing, Timbalan Pengarah Biro Pembangunan Sains dan Teknologi. Penjelasan mereka tentang bidang kerja masing-masing cukup terperinci. Saya cukup gelaran yang diberikan kepada SIP, iaitu 'bandar yang menakjubkan'. Setakat yang saya sudah lihat, gelaran itu tepat sekali.

Wartawan mengadakan sesi wawancara dengan Pengarah Biro Perlindungan Alam Sekitar, Wang Xuejun.

Wartawan Singapura mengajukan soalan kepada Wang Xuejun.

Timbalan Pengarah Biro Pembangunan Sains & Teknologi, Xu Wen Qing memberi taklimat kepada wartawan.

Pemandangan dari tingkat 6 bangunan Pejabat Pentadbiran SIP.

Selepas makan malam, pihak penganjur mengatur supaya rombongan kami dapat melawat ke taman Wangshiyuan. Sayang sekali saya tidak dapat ikut serta dalam lawatan itu sebab terpaksa pulang ke bilik untuk menyambung kerja. Tapi tidak mengapalah, dalam lawatan saya dahulu saya telah pun melawat ke taman tersebut, jadi tidaklah rasa terkilan sebab tidak dapat pergi kali ini.

Esok hari terakhir kami di SIP. Moga-moga kami sempat melawat ke banyak lagi tempat menarik di sini sebelum meninggalkan 'bandar yang menakjubkan' ini.


1 2 3 4 5 6 7 8
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China