Cari:
Dari Tembok Kota, ke Patung Perwira, Akhirnya Opera
2014-08-13 11:12:39 CRI Cetak

Tembok yang setia melindungi kota Xi'an

Jadual lawatan kami pada hari ketiga di Xi'an dipenuhi dengan kunjungan ke destinasi pelancongan terkenal. Pada sebelah pagi, kami dibawa melawat ke tembok yang mengelilingi bahagian lama kota Xi'an. Kami dimaklumkan, tembok asal kota Xi'an dibina seawal tahun 194 SM, namun tembok yang dapat dilihat sekarang ini dibina pada zaman dinasti Ming, iaitu tahun 1370 M. Tingginya 12 meter dan lebar dasarnya 15 hingga 18 meter.

Pemandu pelancong kami, encik Chris (berbaju putih) memberi taklimat ringkas mengenai tembok kota Xi'an

Penulis teruja dapat berpijak pada bahagian lama dan baharu tembok kota Xi'an

Kalau teringin nak melihat pemandangan segenap kota Xi'an, bahagian atas tembok ini menyediakan perspektif yang cukup unik. Namun bagi pelawat yang kesuntukan masa atau tidak sanggup menapak sejauh 13.7 kilometer (panjang seluruh tembok kota Xi'an) bolehlah sewa basikal atau menaiki kereta elektrik.

Perkhidmatan sewa basikal disediakan untuk pelawat

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China