Cari:
Dari Tembok Kota, ke Patung Perwira, Akhirnya Opera
2014-08-13 11:12:39 CRI Cetak

Para pelawat menyaksikan persembahan di kaki tembok

Tidak jauh dari tembok kota, ada sebatang jalan yang dipanggil Jalan Kesenian. Di jalan ini, terdapat banyak kedai dan gerai yang menjual berus, kertas dan dakwat selain barang-barang kraf tangan tempatan.

Sebuah gerai menjual kraf tangan tempatan, iaitu wayang kulit

Seorang pelanggan melihat tukang yang mahir menghasilkan karya kaligrafi

Destinasi kami yang seterusnya ialah Muzium Patung Perwira Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda (Terracotta Warriors) Maharaja Shi Huangdi. Oleh sebab kami datang ke sini pada hari Ahad, pada musim panas pula, muzium ini dibanjiri pelawat. Namun ini tidak menghalang delegasi dari Malaysia menghayati tinggalan sejarah yang diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO ini.

Ramainya pengunjung datang melawat ke Muzium Patung Tanah Liat Perwira

Beberapa buah patung tanah liat yang terkenal

Saya sendiri, walaupun sudah tiga kali melawat ke muzium ini, masih lagi teruja melihat patung-patung tanah liat tersebut, terutamanya yang tersusun elok di ruang pameran No.1.

Replika susun atur Patung Tanah Liat Perwira di ruang pameran No.1

 

Penulis bersama-sama Puan Norkiah Ahmad dari KAG Travel

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China