Cari:
Catatan Perjalanan ke Kuala Lumpur pada 22 Januari 2015
2015-03-31 09:24:09 CRI Cetak

Oleh Zaiwah (Liu Qinqin), pelajar jurusan bahasa Melayu, Universiti Komunikasi China

Apabila kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari sudah lewat. Semasa berjumpa dengan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka yang sedang menunggu kami, kami amat gembira seperti berjumpa dengan ahli keluarga. Walaupun penat menaiki kapal terbang, tetapi apabila kami mendengar lagu Melayu dalam bas DBP, kami bersemangat lagi. Sambil mendengar lagu Melayu, kami juga menikmati pemandangan luar tingkap yang berbeza-beza dengan China.

2 hari berada di Kuala Lumpur, saya telah mengenali banyak perbezaan yang menghairankan antara China dengan Malaysia. Antaranya, ada dua perkara memberi kesan yang impresif bagi saya. Yang pertama, kereta-kereta yang memang kecil di lubuhraya. Di sini kenderaan selalu memberi laluan kepada pejalan kaki.Plat lesen kereta di Kuala Lumpur juga berbeza. Plat lesen kereta mereka adalah warna hitam dan putih. Walau bagaimanapun, plat lesen kereta China adalah kuning.

Yang kedua menjadi pakaian Melayu. Semasa saya belajar dan melawat di Kuala Lumpur, saya berasa takjub kerana saya selalu melihat wanita yang memakai baju kurung dan tudung. Mereka juga menggunakan kerongsang dan pin yang berwarna-warni untuk menkan dan melekatkan tudung. Kebanyakan masa, mereka juga memilih tudung yang berwarna sama dengan pakaiannya. Melalui pakaian mereka, saya lebih memahami nilai tentang sopan santun dan fesyen mereka. Akan tetapi, lelaki Melayu hanya memakai baju Melayu pada waktu yang khusus seperti majlis atau perjumpaan penting. Berlainan dengan orang China, orang Melayu beragama Islam dan mereka mesti patuh kepada ajaran dan perintah Islam. Jadi orang Melayu memakai baju bersesuaian untuk menandakan kesetiaan mereka kepada agama Islam. Baju kurung dan baju Melayu telah menjadi sesuatu lambang kebangsaan di Malaysia.

Pendek kata, Kuala lumpur merupakan pusat kebudayaan, ekonomi dan politik di Malaysia. Di sini, saya baru merasakan bahawa apa maksudnya kebudayaaan berbilang kaum. Penduduk pelbagai jenis bangsa hidup dalam keadaan yang harmoni kerana penduduk-penduduk mempunyai sikap toleransi dan dapat saling menghormati antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China