Cari:
Catatan Perjalanan ke Malaysia: Cikgu Zaleha dan Sastera Melayu
2015-03-31 09:44:09 CRI Cetak
Oleh Yuri (Shen Feifei), pelajar jurusan bahasa Melayu, Universiti Komunikasi China

Hari ini, saya sudah belajar kesusasteraan Melayu dengan Cikgu Zaleha. Pada sebelah pagi, beliau mendedahkan sastera tradisional Melayu kepada kami. Dalam kuliah itu, saya pun cuba berpantun dan bersyair. Ada kawan yang pandai berpantun antara kami seperti Bahasa dan Visa. Pantun diciptakan oleh Bahasa itu mengandungi nama semua kawan dalam kelas kami dan menggambarkan perwatakan setiap orang. Memang pandai dan hebat! Selepas berpantun, kami juga mengikuti Cikgu Zaleha menyanyi lagu Ikan Kekek dan lagu tradisional Melayu yang lain. Alangkah manisnya suara Cikgu Zaleha! Sambil menyanyi, saya dapat menguasai ciri-ciri pantun dengan lebih mudah.


Cikgu Zaleha

Selepas makan petang, kuliah kami diteruskan semula. Dalam kuliah petang, kami berbincang-bincang tentang perbandingan sastera Melayu dan sastera China. Pada hakikatnya, Cikgu Zaleha sudah membaca banyak karya tradisional China, misalnya Tiga Ratus Puisi Dinasti Tang, Hikayat Pinggir Air dan lain-lain. Oleh kerana itu, perbincangan kami dilakukan dengan lancar. Puisi tradisional Melayu dan China memang terdapat banyak persamaan. Contohnya, puisi kedua-dua negara mementingkan penggunaan rima dan sudah mencerminkan kehidupan dan fikiran rakyat pada masa dahulu.

Kuliah Cikgu Zaleha sungguh menarik. Beliau bukan memperkenalkan sastera Melayu kepada kami tetapi juga berkongsi pengalamannya pada masa seumur dengan kami. Kami digalakkan olehnya untuk menjalani usia muda dengan perkara-perkara yang menarik hati serta dapat menambah pengalaman sebanyak-banyaknya sebagaimana beliau telah menjalani usia muda dahulu. Dengan usahanya, saya dapat belajar dalam suasana yang seronok.

Walaupun kami hanya berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang sastera kedua-dua negara pada masa yang singkat, tetapi pengaruhnya akan mempengaruhi saya selama-lamanya. Saya yakin saya akan mendalami pengetahuan dalam bidang kesusasteraan pasa masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China