Cari:
Catatan Perjalanan ke Malaysia: Perayaan Thaipusam di Batu Cave
2015-03-31 09:48:28 CRI Cetak
Oleh Jamilah (Bai Lina), pelajar jurusan bahasa Melayu, Universiti Komunikasi China

Pada tahun ini, 3 Februari merupakan hari Thaipusam, sebuah hari raya bagi orang yang beragama Hindu. Di Malaysia, orang India dan orang Tamil yang beragama Hindu masih mengekalkan perayaan hari itu. Sejak saya mengetahui sedikit sebanyak tentang hari itu, saya teringin hendak menyaksikan perayaan hari itu.

Mungkin kerana terdapat banyak berita yang negatif tentang orang India, pada mulanya, Zanaria dan Ishaq serta saya merasa sedikit takut pada orang India, tetapi kami menjadi berani untuk melawat ke Batu Cave pada hari itu. Terdapat beribu-ribu orang di kawasan itu dan sini merupakan dunia orang India dan Tamil. Ada orang India yang menjual pakaian dan kraftangan India di gerai-gerai tepi jalan, ada orang asing yang melawat, juga ada orang beragama Hindu menjunjung Kavadi dan berjalan dalam barisan. Kavadi diperbuat daripada rod besi yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Sesetengah membawa belanga yang memenuhi susu yang bermakna suci. Belanga tersebut juga dijunjung di atas kepala seseorang.

Menurut penganut Hindu, pada hari itu mereka akan menunaikan nazar dan menebus dosa yang telah dilakukan selama ini. Mereka berjalan-jalan sambil menari dengan gembira. Untuk meminta ampun daripada dewa, sesetengan orang mencucuk badan belakang dengan puluhan mata pancing. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis.Walaupun badan mereka dicucuk, tetapi kelihatan tidak sakit pun. Semua orang India dan Tamil sudah mandi di tepi pantai sungai dan antaranya ada sesetengah orang yang telah menggunting semua rambutnya untuk menunjukkan keikhlasnya kepada Dewa Murugan. Ramai orang sedang mendaki tangga-tangga yang menuju ke atas gunung yang tidak jauh dari kami. Di sebelah kanan gunung itu terletak sebuah patung dewa Murugan yang megah. Di atas gunung itu terdapat sebuah gua semula jadi. Sebuah upacara agama sedang dianjurkan oleh kuil di dalam gua tersebut. Apabila kami memasuki gua itu, kami disuruh membuka kasut dahulu. Selain manusia, kami juga nampak banyak ayam liar yang sedang bersiar-siar dalam gua itu. Sangat ajaib!

Sungguh untunglah bagi kami kerana sempat menyaksikan perayaan hari Thaipusam di Batu Cave. Hanya bersama dengan orang beragama dan mengambil bahagian dalam upacara agama ini, barulah seseorang dapat sebenar-benarnya membelajari dan memahami kebudayaan agama tersebut. Sama dengannya, seseorang hanya mengalamai sesuatu dengan sendiri, barulah dia mengetahui kebenaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China