Cari:
Catatan Perjalanan ke Malaysia: Pulau Langkawi
2015-03-31 09:53:37 CRI Cetak
Oleh Afrin (Gao Xiaoxi), pelajar jurusan bahasa Melayu, Universiti Komunikasi China

Setelah beberapa hari belajar di Dewan Bahasa dan Pustaka, kami melawat Pulau Langkawi pada 4 Februari. Sepanjang siang hari, kami menikmati pemandangan alam yang indah di Pulau itu. Pulau Langkawi boleh dikatakan sebagai "Syurgar Dunia". Ia merupakan satu pulau yang cantik lagi sunyi. Pokok-pokok kelihatan di sana sin, langit berwarna biru dengan burung-burung yang berterbangan. Ia juga menarik pelawat- pelawat yang datang dari negara yang lain.

Kami melawat sebuah hutan bakau dengan kapal. Di tepi sungai,moneyt menunggu pelawat,sebenarnya mereka menunggu makanan. Monyet di sini amat comel dan cerdik, mereka akan meminta makanan daripada pelawat. Jika ada pelawat tinggalkan beg di tepi pantai semasa dia berenang di dalam laut, monyet-monyet juga cuba mencuci begnya. Kawan saya telah mengalami "kemalangan"ini, makanan dalam beg ditarik keluar oleh monyet dan dia tidak boleh buat apa-apa, kasihan, kawanku. Di sini, sungai bersih, langit terlalu biru, kami semua menikmati tiap minit dengan hati.

Kami juga menaiki kereta kabel. Apabila kami tiba di puncak gunung, matahari sedang terbenam. Gunung itu dikeliling oleh pokok-pokok yang berwarna hijau. Pemandangan ini seperti yang digambarkan dalam lukisan.

Selepas bermain di sana, kami semua merasa lapar. Kami bertolak ke pasar malam yang terletak di Kota Kuah. Memang banyak makanan dan ramai orang di sana. Hampir semua makanan di sana nampaknya lazat dan cukup menyelerakan. Kami membeli banyak jenis makanan dan berkongsi supaya dapat menikmati lebih banyak makanan istimewa.

Alangkah baik hari ini. Dengan perasaan puas hati,kami balik ke tempat penginapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China