Cari:
Catatan Perjalanan ke Malaysia: Berbasikal ke Masjid Selat Melaka
2015-03-31 10:13:55 CRI Cetak
Oleh Noridah (Cai Yujia), pelajar jurusan bahasa Melayu, Universiti Komunikasi China

Kami tiba di Melaka pada hari ini. Ini kali kedua kami datang ke Melaka. Bahasa, Afrin dengan saya membuat keputusan untuk berbasikal ke Masjid Selat Melaka selepas bersiar-siar dalam kawasan kota. Walaupun kami mempunyai sehelai peta Melaka, kami masih sesat jalan. Untunglah kami bertemu dengan seorang pakcik jujur yang bersudi membawa kami ke sana. Dengan bantuannya, kami tiba di sana dengan cepat.

Sewaktu kami sampai, matahari sedang terbenam dan Masjid Selat Melaka kelihatan paling cantik dalam sinarannya. Masjid berwarna putih terletak di atas laut yang berwarna biru. Masjid ini amat istimewa dan memang berlainan dengan Masjid Niu Jie yang pernah kami kunjungi di Beijing. Di tepi pantai terdapat beberapa pasangan kekasih yang bahagia.Tiba-tiba, kedengaran suara azan bergema dari masjid. Kami tertarik oleh pemandangan ini dan bergambar banyak di sisi masjid ini.

Menurut pengalaman ini, kami rasa bukan sahaja pemandangan di sini indah sekali tetapi penduduknya juga amat baik hati. Oleh itu, kami jatuh cinta pada Melaka. Kami juga ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada pakcik itu dan hendak pergi ke sana sekali lagi!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China