Cari:
Lawatan ke Xiamen: Universiti Xiamen kampus Xiang'an
2015-05-21 09:32:02 CRI Cetak


Lawatan di salah satu makmal COE

Kemudian, kami ke Kolej Sains Bumi dan Laut (COE). COE adalah antara kolej tertua di Universiti Xiamen. Menurut kronologi sejarah, pada tahun 1920-an, penyelidikan marin dimulakan di Universiti Xiamen, pada tahun 1946, Jabatan Oseanografi yang pertama di China ditubuhkan di Universiti Xiamen, pada tahun 1966 COE dibangunkan, pada tahun 2005 "State Key Laboratory of Marine Environmental Science, Universiti Xiamen diwujudkan dan pada tahun 2011, Fakulti Laut dan Persekitaran Bumi ditubuhkan dengan dua kolej di bawah fakulti tersebut, iaitu COE dan Kolej Persekitaran dan Ekologi. Setelah berusia hampir 94 tahun ternyata bidang sains marin di Universiti Xiamen semakin hebat dan hampir menyamai standard AORI (Atmosphere and Ocean Research Institute), Universiti Tokyo dan LOV (Laboratory of Oceanography of VilleFranche), Universite de Paris yang merupakan antara pusat penyelidikan sains marin terhebat di dunia. Pihak delegasi kami juga dimaklumkan projek terkini yang sedang diusahakan oleh "State Key Laboratory of Marine Environmental Science" ialah kapal penyelidikan Oseanografi yang dijadualkan akan siap pada penghujung tahun 2015 dengan anggaran kos mencecah 65 juta Dolar.


Sesi bertemu dengan mahasiswa Malaysia.
Nicol merupakan mahasiswa Master yang menuntut dalam jurusan pengajaran Bahasa Mandarin

Pada sebelah petangnya pula, kami bertemu dengan para mahasiswa dari Kolej Pendidikan Luar Negeri (OEC) untuk berkongsi pengalaman mereka selama menuntut di Universiti Xiamen.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China