Cari:
Makanan Menjadikan Kita Keluarga
2015-06-13 17:14:02 CRI Cetak

Seingat aku, kawasan ini tempat paling awal aku kunjungi di Xi'an ketika datang untuk kali pertama pada tahun 2008 dahulu. Rasanya, antara wajah-wajah yang kulihat di Jalan Makanan Halal pada hari ini, mungkin ada yang sepertiku juga, layak dipanggil veteran kerana sudah tidak terbilang kalinya sampai ke sini. Dan aku faham benar kenapa ada orang yang sanggup berkali-kali datang ke tempat ini, makanan di sini memang lazat, pilihannya banyak dan harganya berpatutan, membuat orang tidak jemu atau bosan. Sebelum bertolak ke Xi'an kali ini, aku ditanya oleh sahabat baik, antara makanan Beijing dan Xi'an, yang mana satu lebih aku gemari? Jawapan untuk soalannya itu Xi'an, kerana aku paling bahagia di Jalan Makanan Halal ini.


Mencuba snek tempatan bersama encik Razali dari Dewan Bahasa dan Pustaka


Menikmati kuih bersama-sama cik Zaidah dan Melur

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China