Cari:
Makanan Menjadikan Kita Keluarga
2015-06-13 17:14:02 CRI Cetak

Aku mendapat bukti yang menyokong pendapatku ini apabila aku berkenalan dengan dua orang wanita sewaktu bersolat di masjid. Puan Safiyah dan kawannya, anak jati Xi'an yang mengaku diri mereka penggemar snek dari Malaysia serta peminat setia Shila Amzah, cukup teruja apabila mengetahui aku teman senegara penyanyi terkenal itu. Bagaimana mereka menggambarkan perasaan terhadap makanan Malaysia, begitu jugalah perasaan aku terhadap makanan di Xi'an. Kami bertiga yang baru saja kenal, tiba-tiba sudah menjadi kawan baik.


Bergambar bersama-sama Puan Safiyah (tengah) dan kawannya

Makanan lazat memang mampu membuat kita terlupa seketika segala perkara lain. Di sini, kita bukan lagi orang Xi'an atau orang Malaysia, bukan lagi orang China atau orang asing, tetapi dengan identiti baharu sebagai peminat makanan, kita duduk sebelah-menyebelah menikmati hidangan yang tersedia.


Sedapnya yangrou paomo, sudah mula makan, baru teringat mahu ambil gambar!

Sesiapa yang mengenaliku pasti tahu, aku ini sanggup berjalan dari Beijing ke Xi'an semata-mata untuk yangrou paomo, hidangan istimewa yang menjadi kegemaranku. Hari ini, duduk semeja dengan kawan-kawan dari Malaysia, aku gembira sekali melihat mereka mencuba sup daging kambing dan roti pita ini untuk pertama kalinya. Sama ada mereka gemar atau tidak bukanlah yang paling penting bagiku kerana dalam fikiranku ketika itu, kami sekumpulan orang yang beberapa hari lepas masih belum saling kenal, sudah seperti sebuah keluarga yang sedang makan malam bersama-sama dengan gembira.


Menikmati paomo bersama kawan-kawan baharu dan lama


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China