Cari:
Kesederhanaan Taman Tasik Timur Jiayuguan Yang Memikat Hati
2015-06-15 15:43:28 CRI Cetak

(Oleh Zaidah Ahmad Rosly)

Tanggal 14 Jun 2015, saya tiba di Jiayuguan. Keluar dari bandar yang sedang pesat membangun ke bandar kecil sedikit menyedihkan hati saya pada mulanya. Beberapa hari dikelilingi bangunan-bangunan tinggi di Xi'an dan pesta makanan yang meriah membuatkan saya terkenang akan Xi'an dalam diam. Suasana di Hotel Antarabangsa Jiayuguan juga begitu sunyi. Tiba-tiba, saya menjadi muram.


Pemandangan di pintu masuk Taman Tasik Timur Jiayuguan

Selepas makan malam, beberapa orang rakan mengajak saya ke Taman Tasik Timur Jiayuguan. Taman tersebut terletak betul-betul di hadapan hotel penginapan kami. Bagi mengisi masa yang terluang dan untuk menceriakan hati, semula saya mengikut mereka ke taman tersebut.


Pemandangan di Taman Tasik Timur Jiayuguan

Melangkah masuk ke taman tasik yang dianugerahi Tarikan Pelancongan Peringkat Kebangsaan 4A, saya disapa hawa dingin walaupun matahari masih terik pada ketika itu. Saya berasa hairan apabila kawasan oasis seperti Jiayuguan juga mempunyai hawa dingin kerana saya membayangkan keadaan yang sebaliknya.

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China