Cari:
Kesederhanaan Taman Tasik Timur Jiayuguan Yang Memikat Hati
2015-06-15 15:43:28 CRI Cetak


Pemandangan di Taman Tasik Timur Jiayuguan

Oleh sebab hari itu hari minggu, seperti biasa, suasana di Taman Tasik Timur Jiayuguan begitu meriah dengan kunjungan ramai pengunjung. Seperti sedia maklum, orang Cina sangat suka akan taman kerana di situ mereka boleh beriadah dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama dengan keluarga. Dengan tarikan menara dolfin, pokok-pokok yang menghijau, laluan air yang seumpama sungai kecil dan dua buah tasik buatan menjadikan suasana di taman tasik tersebut begitu menyegarkan dan menyihatkan.


Pemandangan di Taman Tasik Timur Jiayuguan

Usaha pihak pentadbir yang mewujudkan kawasan rekreasi tersebut memang patut dipuji. Ternyata mereka begitu prihatin akan keperluan masyarakat setempat. Bukannya suatu usaha yang kecil untuk membangunkan sebuah kawasan kering kepada kawasan yang subur dan dingin kerana menurut maklumat daripada pemandu pelancong untuk menanam sebatang pokok di kawasan tersebut memakan masa yang lama.

1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China