Cari:
Salam Perkenalan dari Jiayuguan
2015-06-16 11:40:13 CRI Cetak

(Oleh Zaidah Ahmad Rosly)

Hari ini saya menghabiskan masa satu hari bersiar-siar di Jiayuguan. Bermula dari pusat bandar ke beberapa destinasi pelancongan utama di daerah tersebut. Antara destinasi pelancongan tersebut termasuklah Taman Burung Merak, Estet Arak Zixuan, Tembok Besar Ming dan Taman Tema Fantawild.

Daripada pengamatan saya, walaupun daerah ini belum lagi dalam kategori maju, namun daerah ini memiliki keinginan dan keazaman yang kuat untuk berkembang maju seperti daerah-daerah lain di China. Dengan mengambil semangat besi dan keluli yang menjadi nadi perindustrian, ditambah pula dengan kedudukan sebagai pusat lalu lintas Jalan Sutera, saya yakin keinginan dan keazaman tersebut tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.

Pemandangan di Tembok Besar Ming

Kemajuan dan kemodenan bukanlah perkara penting yang perlu dikejarkan dalam kehidupan, walaupun pada ketika ini semua orang mahu maju dan moden. Yang lebih penting dalam kehidupan ialah menjalani kehidupan dengan serba "kecukupan". Kecukupan itu sendiri sebenarnya terlalu subjektif kerana keperluan manusia berbeza-beza. Namun, saya fikir fasa pembangunan yang sedang dilalui oleh Jiayuguan pada ketika ini dalam keadaan yang "cukup" bagi penduduknya. Hal ini jelas dapat dilihat pada keharmonian dan kesejahteraan yang ditunjukkan oleh masyarakatnya.

Sebagai seorang pelancong yang hanya singgah seketika di Jiayuguan, saya dapat membeli atau memperoleh segala keperluan saya. Makanan halal yang menyelerakan dengan pelbagai pilihan menu, kemudahan mesin teler automatik (ATM) di bank, perkhidmatan komunikasi dan Internet, kelengkapan dandanan diri, dan sebagainya. Sekiranya saya, yang datang dari kawasan yang jauh lebih maju dari Jiayuguan juga berasa cukup dan berpuas hati, saya percaya penduduk yang mendiami Jiayuanguan selama bertahun-tahun, berbelas-belas tahun, malahan berpuluh-puluh tahun juga akan merasai perasaan yang sama dengan saya.

Dari segi pelancongan pula, walaupun bukan yang terbaik, namun tetap memiliki keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jiayuguan, dari sisi yang lain, saya melihat begitu berbangga untuk menunjukkan segala khazanah yang dimiliki oleh mereka. Dengan kedudukan yang terletak di persimpangan empat provinsi, iaitu Gansu, Xinjiang, Qinghai dan Monggolia Dalam, mungkin sudah boleh dibayangkan betapa berwarna-warninya kebudayaan dan sejarah Jiayuguan dengan gabungan 23 etnik minoriti.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China