Cari:
Salam Perkenalan dari Jiayuguan
2015-06-16 11:40:13 CRI Cetak

Selain itu, ada satu hal lagi yang menarik hati. Pada satu pagi, apabila keluar sahaja daripada hotel, saya terpandang akan sebuah gunung nun jauh di hadapan hotel saya. Hati saya terus berdetik, "Adakah Gunung Fuji di hadapan saya?" Saya tahu apabila saya berkata, saya melihat Gunung Fuji, anda tentu akan membayangkan puncak gunung yang dibaluti salji.

Memang benar saya melihat pemandangan tersebut. Sekiranya Gunung Fuji, pemandangan yang biasa dilihat atau dirakam ialah puncaknya, tetapi pemandangan yang saya lihat di sini ialah pergunungan yang bersalji. Keadaan tersebut membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk bertanya kepada pemandu pelancong mengenai hal tersebut. Menurut mereka, Jiayuguan terletak di kaki Gunung Mazong di sebelah utara, manakala Gunung Qilian di sebelah selatan dan gunung yang bersalji itu ialah Gunung Qilian.

Saya selalu terbaca tentang gunung yang bersalji sepanjang tahun, walaupun kurang yakin pada mulanya, namun kini saya yakin 300 peratus akan kewujudan gunung bersalji tersebut. Sekiranya Gunung Fuji terkenal dengan pemandangan puncaknya yang bersalji, tetapi Gunung Qilian begitu menawan dengan pemandangan pergunungannya yang bersalji. Walaupun saujana mata memandang, saya dapat melihat keindahan rupanya bak lukisan, merasai kedinginan hawanya dan meyakini keutuhan gunungnya.

Mungkin sehari tidak cukup untuk betul-betul mengenali Jiayuguan, namun saya tahu Jiayuguan akan terus melangkah ke hadapan. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, "kesederhanaan" Jiayuguan telah memikat hati saya dan tidak mustahil akan memikat hati anda juga. Yang penting, bukalah pintu hati kita untuk menerima "salam perkenalan" yang dihulurkan oleh Jiayuguan. Bukan banyak atau sedikit "hidangannya" yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan untuk memberi yang patut dinilai dengan sebaik-baiknya.

Taman Tema FantaWild

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China