Cari:
Belajarlah daripada Alam
2015-06-18 11:21:26 CRI Cetak

(Oleh Zaidah Ahmad Rosly)

Baru sebentar tadi saya melihat satu slogan di CNN yang menyatakan, alam tidak memerlukan manusia, tetapi manusia memerlukan alam. Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, manusia telah menggunakan sumber alam untuk meneruskan kehidupan. Bermula daripada keperluan makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal sehinggalah kubu pertahanan.

Tembok Besar Dinasti Han di Dunhuang dibina daripada sejenis rumput panjang atau mensiang, Apocynum, Tamarix, dan sebagainya. Tembok besar tersebut digunakan sebagai kubu pertahanan untuk melindungi diri daripada serangan musuh. Kini, selepas hampir 2000 tahun, setelah berpanas dan berhujan masih kukuh berdiri dengan megah bukan sahaja sebagai lambang kekuatan, malahan sebagai bukti kebijaksanaan orang China memanfaatkan sumber alam demi kelangsungan hidup.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China