Ketiga-tiga destinasi pelancongan di dunhuang tersebut merupakan destinasi pemandangan alam yang sungguh unik dan istimewa. Menghayati keunikan dan keistimewaan di ketiga-tiga destinasi tersebut sedikit sebanyak menerbitkan keinsafan dalam diri bahawasanya alam telah banyak berjasa kepada kehidupan manusia. Melalui alam, manusia belajar pelbagai perkara, namun pada hari ini manusia seolah-olah sudah lupa akan hakikat kehidupan tersebut.