Cari:
Pengembara Moden di Laluan Purba
2015-06-19 16:35:15 CRI Cetak

(Oleh Farah)

Ada beberapa tempat di China (dan di dunia ini) yang mesti dilawati sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Begitulah Dunhuang di mataku, lebih-lebih lagi setelah melihat Groto Mogao dan Taman Geologi Dunhuang, tempat letaknya bukit pasir Mingshashan dan kolam Yueya yang berbentuk bulan sabit. Tempat-tempat begini mesti dinikmati sendiri pesonanya, tidak cukup sekadar menjadi pengembara digital yang cuma melihat gambar di internet.

Agaknya apakah lubang-lubang pada dinding bukit batu itu? Perlu pergi lihat baru tahu

Bolehkah anda bayangkan, kira-kira 25 kilometer dari tenggara bandar Dunhuang, ada 492 gua kecil yang dibuat oleh tangan manusia dalam tempoh antara abad ke-4 hingga ke-11? Dan percayakah anda, bahagian dalam gua-gua ini dihias dengan unsur-unsur agama, seni dan budaya Buddha China yang berwarna-warni dan cantik sekali? Itulah Groto Mogao, yang juga dikenali dengan nama "Gua-gua Seribu Buddha".

Rombongan Kembara Laluan Sutera bergambar di depan Pagoda Sembilan Tingkat di Groto Mogao

Sejak gua pertama digali sebagai tempat tafakur seorang sami Buddha, Le Zun pada tahun 366, groto ini telah menyaksikan sepuluh era dan dinasti bersilih ganti di China. Diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987, aku cukup kagum melihat groto ini dijaga dengan amat baik. Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gua, jumlah pelawat yang dibenarkan masuk pada satu-satu masa dikawal, bilangan gua yang dibuka untuk kunjungan umum juga dihadkan kepada lapan buah. Langkah ini penting bagi melindungi artifak daripada terlalu terdedah kepada cahaya dan karbon dioksida. Janganlah dibiarkan pula gua-gua yang sudah bertahan lebih seribu tahun ini musnah di tangan manusia abad ke-21.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China