Cari:
Zaidah: Selera Malaysia Merentas Sempadan
2016-01-18 15:23:08 CRI Cetak

Pesan orang-orang tua dahulu, kalau mahu menambat hati bakal ibu mentua, kena pandai memasak dan kalau mahu memikat hati suami antara caranya kena jaga perutnya. Itulah antara nasihat yang sering diberikan kepada para wanita yang bakal menempuhi alam berumah tangga yang secara tidak langsung mengingatkan kaum wanita bahawasanya anda perlu tahu memasak. Selain itu, sering juga kita mendengar tentang "berkat air tangan ibu". Masakan hasil sentuhan tangan ibu pastinya lebih sedap dan istimewa, walaupun ibu hanya memasak makanan yang biasa-biasa sahaja atau menggunakan ramuan yang ala kadar. Oleh itu, walau sesedap mana pun makanan di luar, sedap lagi masakan ibu di rumah.

Memahami akan peri pentingnya makanan dalam konteks hubungan manusia, maka ramuan inilah yang digunakan oleh Bahagian Pertanian, Kedutaan Malaysia di China untuk memperkenalkan produk makanan Malaysia, khususnya kepada penduduk Beijing melalui demonstrasi memasak dan mencuba masakan yang dianjurkan bersama dengan Chunbo.com. Chunbo.com merupakan platform e-dagang yang mula beroperasi kira-kira setahun yang lalu dan menjual produk makanan yang berasaskan bahan semula jadi, dijamin segar dan menyihatkan. Chunbo.com menjalinkan kerjasama dengan Bahagian Pertanian, Kedutaan Malaysia di China setelah diperkenalkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). Pada ketika ini, Chunbo.com hanya menjual pes tom yam, durian dan makanan ringan, namun pada masa akan datang mereka berminat untuk menjual produk sarang burung dari Malaysia.

Dalam acara demonstrasi memasak yang diadakan pada 16 Januari lalu, pihak kedutaan telah mengundang isteri Duta Besar Malaysia ke China, YBhg. Datin Fairos Ishak untuk menunjukkan cara memasak menggunakan produk makanan Malaysia. Kesudian YBhg. Datin Fairos Ishak untuk menjadi chef jemputan istimewa pada hari itu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada golongan isteri dan ibu untuk terus meningkatkan kemahiran memasak masing-masing kerana walau siapa pun kita, tugas menyediakan makanan untuk keluarga tercinta sememangnya tergalas di bahu seorang wanita.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China