Cari:
Xishuangbanna Kembali Berpesta (Bahagian 1)
2016-04-14 10:53:22 CRI Cetak

(Oleh Zaidah Ahmad)

Apabila dimaklumkan saya bakal mengunjungi Xishuangbanna, saya menjadi begitu teruja kerana pertama kali mendengar nama wilayah tersebut, kunjungan kali ini akan menjadi kunjungan pertama ke Xishuangbanna dan antara maklumat awal yang saya terima ialah wilayah tersebut didiami oleh etnik Dai atau Thai yang mana mereka turut meraikan Tahun Baharu Thai dan Pesta Songkran. Selain meraikan pesta sempena tahun baharu, pihak berkuasa Wilayah Autonomi Dai Xishuangbanna turut mengadakan Karnival Pelancongan dan Perdagangan Sempadan Xishuangbanna kali ke-19. Maka, kunjungan kali pertama saya ke Xishuangbanna menjadi lebih manis kerana selain menikmati keunikan budaya etnik Dai, dapat juga menyaksikan karnival pelancongan dan perdagangan yang melibatkan beberapa buah negara dihimpunkan di bawah satu bumbung.

Pada hari pertama lawatan, iaitu pada 13 April 2016, saya masih tidak dapat membayangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan, walaupun ada jadual aktiviti diberikan kepada saya. Namun, setelah seharian menyertai aktiviti yang disediakan barulah saya boleh tersenyum lebar. Walaupun penat, tetapi aktiviti yang disediakan amat menarik dan menyeronokkan lebih-lebih lagi kepada orang seperti saya yang baru sahaja mengenali Xishuangbanna.

Aktiviti pada hari tersebut dibahagikan kepada dua segmen, iaitu pada sebelah pagi diadakan sidang media dan majlis perasmian Karnival Pelancongan dan Perdagangan Sempadan Xishuangbanna kali ke-19, manakala pada sebelah tengah hari hingga petang diadakan majlis sambutan Tahun Baharu Thai yang diadakan di Sungai Lancang.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China