Cari:
Xishuangbanna Kembali Berpesta (Bahagian 1)
2016-04-14 10:53:22 CRI Cetak

Sesi seterusnya merupakan majlis perasmian Karnival Pelancongan dan Perdagangan Sempadan Xishuangbanna kali ke-19. Berdiri di atas pentas ialah wakil-wakil daripada setiap negara yang terlibat dalam karnival tersebut. Malaysia telah diwakili oleh Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Encik Nasri Rahman. Ketika ditemu ramah, Encik Nasri memaklumkan bahawa pasaran bagi produk Malaysia di China amat memberangsangkan dan berpotensi untuk terus berkembang pada masa hadapan. Begitu juga dengan produk-produk halal Malaysia kerana China mengiktiraf logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sekiranya dilihat dalam gambar, ramai juga yang mengunjungi karnival tersebut kerana orang ramai boleh membeli produk-produk kegemaran mereka tanpa perlu ke negara tersebut.

Sesi pada tengah hari ini amat saya nanti-nantikan kerana saya akan berpeluang ke Sungai Lancang yang selama ini hanya saya baca mengenainya ketika menyemak berita. Peluang ini seumpama mimpi menjadi kenyataan. Hati saya berbunga-bunga sepanjang perjalanan menuju ke Sungai Lancang, walaupun cuaca amat terik pada tengah hari itu. Suasana sambutan meriah dengan jualan pelbagai jenis barangan dan makanan kombinasi antara masakan China dan Thailand, begitu juga ada antara mereka yang melaram dengan pakaian tradisional masing-masing. Hari ini bandar Jing Hong berwarna-warni dan riuh-rendah. Pelbagai persembahan diadakan antaranya termasuklah persembahan tarian, nyanyian dan mendayung sampan. Sebelum acara persembahan dimulakan, sekumpulan sami membaca mantera dan mengadakan upacara simbolik mencurahkan air di pentas.

Oh, ya! Aktiviti di Xishuangbanna belum selesai lagi. Apakah aktiviti seterusnya?


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China