Cari:
Xishuangbanna Kembali Berpesta (Bahagian 2)
2016-04-18 10:24:31 CRI Cetak

(Oleh Zaidah Ahmad)

Kini, hari yang dinanti-nantikan pun menjelang tiba. Pada hari ini bandar Jing Hong akan basah dan lembap sepanjang hari sempena bermulanya Pesta Songkran. Seawal pukul 8.30 pagi, penduduk tempatan sudah berhimpun di Sungai Lancang untuk upacara mengambil air suci kerana etnik Dai menganggap air Sungai Lancang sebagai air suci. Upacara tersebut dimulakan dengan bacaan mantera oleh ketua agama etnik Dai di tebing Sungai Lancang.

 

Selepas selesai bacaan mantera, ketua agama tersebut akan kembali semula ke daratan, manakala seorang anak gadis etnik Dai yang siap berpakaian tradisional etnik Dai pula akan menuju ke tebing Sungai Lancang untuk mengambil air sungai tersebut dan memasukkannya ke dalam tembikar kecil yang dibawa oleh 9 orang anak gadis secara bergilir-gilir. Selepas mengisi air Sungai Lancang ke dalam tembikar tersebut, mereka perlu memikul air sungai itu dan menyerahkannya kepada dua orang anak gadis lain untuk dimasukkan ke dalam sebuah tempayan.

Setelah tempayan itu penuh berisi air Sungai Lancang, maka ketua agama etnik Dai bersama-sama dengan sami-sami yang lain akan membaca mantera sekali lagi. Selepas itu, air suci di dalam tempayan itu akan dipikul oleh empat orang anak muda etnik Dai dengan diiringi oleh 12 orang anak gadis tadi menuju ke Dataran Songkran.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China