Cari:
Maharaja Wu Dinasti Han China
2008-12-03 15:34:15 CRI Cetak

Maharaja Wu Dinasti Han bernama Liu Che dan merupakan maharaja yang telah membuat jasa gemilang dalam zaman silam China.

Pada tahun 140 sebelum Masihi, Liu Che yang berumur 16 tahun naik takhta dan menjadi Maharaja Wu Dinasti Han. Maharaja Wu Dinasti Han merupakan seorang maharaja yang mempunyai kepakaran dalam pentadbiran negara, Baginda telah mencapai kejayaan besar dalam urusan dalam negeri dan hal ehwal luar. Dalam tempoh Maharaja Wu Dinasti Han memerintah selama 54 tahun, China telah dibangunkan sebagai salah satu daripada beberapa negara yang paling kuat di dunia pada masa itu. Berdasarkan "Sejarah Dunia" yang diterbitkan oleh H.G. Wells, sarjana terkenal Britain, hanya Empayar Rom sahaja yang mempunyai kekuatan setanding dengan Dinasti Han China pada masa itu di dunia.

Kejayaan terbesar yang dicapai oleh Maharaja Wu Dinasti Han adalah dalam bidang pertahanan dan ini disanjung ramai orang dalam sejarah China. Semenjak ditubuhkan pada tahun 202 sebelum Masihi, kawasan sempadan Dinasti Han sentiasa dicoroboh oleh Xiongnu, etnik nomad di sebelah utara, ini menyebabkan ketenteraman masyarakat dan pembangunan ekonomi Dinasti Han terjejas serius. Maharaja Dinasti Han sebelum Maharaja Wu sentiasa melaksanakan dasar pertahanan yang tidak positif, malah mengahwinkan puterinya kepada ketua etnik Xiongnu untuk menjamin ketenteraman. Sudah tentu, ketenteraman yang diperolehi dengan cara tolak ansur itu tidak dapat berkekalan. Semenjak Maharaja Wu Dinasti Han memerintah, Baginda berusaha menguatkan pasukan tentera dan melancarkan serangan berturut-turut dalam banyak tahun terhadap Xiongnu di padang rumput dan gurun Gobi di sebelah barat laut. Dengan berbuat demikian, kekuatan etnik Xiongnu terjejas teruk dan tidak mampu menceroboh wilayah Dinasti Han. Ini telah menyediakan persekitaran yang tenteram dan peluang pembangunan sosioekonomi Dinasti Han. Maharaja Wu Dinasti Han juga mengarahkan tenteranya menakluk negeri-negeri kecil di sebelah selatan atau menghantar utusan untuk menasihatkan pemimpin negeri-negeri tersebut mematuhi Dinasti Han. Wilayah Dinasti Han semakin diperluas.

Maharaja Wu Dinasti Han melaksanakan dasar pembaharuan sehingga ke akar umbi pentadbiran dalam negeri. Baginda mengatasi tekanan besar kumpulan konservatif dan mengharamkan falsafah Tao yang disanjung oleh maharaja-maharaja sebelumnya. Baginda melarang perkembangan dan pengkajian pelbagai falsafah yang telah wujud selama beberapa ratus tahun dan menetapkan falsafah Confucius sebagai satu-satunya falsafah ortodoks yang sah dalam masyarakat Dinasti Han. Semenjak itu sehingga Dinasti Qing pada awal abad ke-20, falsafah Confucius terus disanjung dan dijadikan sebagai satu-satunya falsafah ortodoks oleh pemerintah pelbagai dinasti masyarakat feudal China.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China