Cari:
Maharaja Wu Dinasti Han China
2008-12-03 15:34:15 CRI Cetak

Maharaja Wu Dinasti Han juga merupakan seorang diplomat yang mempunyai pandangan jauh. Baginda pernah dua kali menghantar Zhang Qian sebagai utusan Dinasti Han China melawat negara-negara di sebelah barat dan barat laut Dinasti Han China dan membuka "jalan sutera" terkenal yang menghubungkan China dengan pelbagai negara di Asia Tengah dan Eropah. Sutera, teknik pembuatan kertas dan kesenian China diperkenalkan ke pelbagai negara di dunia menerusi "jalan sutera" itu. Serentak itu, rempah dan barang kraf tangan negara asing juga diperkenalkan ke China menerusi "jalan sutera" tersebut. "Jalan sutera" itu berkekalan selama beberapa ratus tahun dan beransur-ansur digantikan oleh "jalan sutera" laut pada abad ke-6. Maharaja Wu Dinasti Han telah memainkan peranan besar bagi pertukaran kebudayaan antara China dengan pelbagai negara di Asia Tengah dan Eropah. Bandar Changan, ibu negara Dinasti Han China, iaitu Bandar Xian Provinsi Shaanxi pada masa ini merupakan pusat politik dan ekonomi di Asia pada ketika itu.

Maharaja Wu Dinasti Han meminati kesusasteraan dan kesenian. Baginda melantik Sima Xiangru, sasterawan terkenal menjawat jawatan tinggi dan menitahkan Xima Qian, ahli sejarah dan sasterawan terkenal menyunting Catatan Sejarah yang meliputi sejarah selama 3 ribu tahun sebelumnya.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China