Cari:
Kuil Famen di Provinsi Shanxi (1)
2010-05-05 10:21:04 CRI Cetak

Kuil Famen yang terletak di Kaunti Fufeng, Provinsi Shanxi di barat laut China terkenal di seluruh China dan dunia kerana abu dan tulang Sakyamuni berbentuk biji-biji selepas mayatnya dibakar disimpan di sana. Pada April tahun 1987, ahli arkeologi China menemui satu istana bawah tanah ketika membina semula Kuil Famen. Abu dan tulang Sakyamuni dan artifak yang berharga dalam istana bawah tanah tersebut telah menggemparkan dunia dan digelar sebagai penemuan arkeologi terpenting selepas patung tanah liat berupa perwira dan kuda yang ditemui di Bandar Xian Provinsi Shanxi China.

Kuil Famen terletak di Kaunti Fufeng, 120 kilometer di sebelah barat Bandar Xian. Kuil ini dibina kira-kira pada tahun 499 Masihi zaman Dinasti Wei Utara. Kerajaan Dinasti Tang telah menyediakan peruntukan yang besar untuk membaik pulih istana itu pada abad ke 7 Masihi, sehingga Kuil Famen telah menjadi kuil besar yang terdiri daripada 24 pekarangan dengan lebih 5 ribu orang sami, dan merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di kawasan Xian, ibu negara Dinasti Tang.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China