Cari:
Kuil Famen di Provinsi Shanxi (1)
2010-05-05 10:21:04 CRI Cetak

Menurut catatan kitab agama Buddha, demi mengembangkan agama Biddha, sebanyak 84 ribu buah pagoda telah dibina di pelbagai tempat di dunia untuk menyimpan abu dan tulang Sakyamuni, Kuil Famen adalah salah sebuah daripada 19 buah pagoda yang dibina di China. Disebabkan pagoda di Kuil Famen menyimpan abu dan tulang jari Sakyamuni, Kuil Famen terkenal di seluruh China dan dunia. 8 orang maharaja Dinasti Tang China pernah membawa abu dan tulang jari Sakyamuni untuk dikeramatkan di istana diraja dan menganugerahkan banyak artifak berharga kepada kuil ini.

Pada tahun 1981, pagoda kuil Famen setinggi 13 tingkat telah runtuh akibat hujan lebat. Pada tahun 1987, istana bawah tanah yang tidak diketahui selama 1113 tahun telah ditemui ketika ahli arkeologi mengadakan penyelidikan terhadap dasar pagoda itu.

 


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China