Cari:
Gua Pahatan Batu Dazu (1)
2009-12-23 12:28:39 CRI Cetak

Gua Pahatan Batu Dazu di Bandar Chongqing, barat daya China terkenal di dunia kerana seni pahatan batu yang tinggi nilainya pada abad ke-9 hingga abad ke-13. Pada tahun 1999, UNESCO PBB telah menyenaraikan Gua Pahatan Batu Dazu sebagai Warisan Dunia.

Seni pahatan gua batu India purba diperkenalkan ke China pada abad ke-3 masihi apabila agama Buddha diperkenalkan ke China. Terdapat tiga gua pahatan batu yang terkenal di China telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia. Antaranya Gua Pahatan Batu Yungang di Datong Shanxi di utara China dibina pada abad ke-4 hingga abad ke-5, Gua Pahatan Batu Longmen di Luoyang Henan di tengah China dibina pada abad ke-6 hingga abad ke-9. Manakala Gua Pahatan Batu Daza Chongqing mula dibina pada tahun 649 Masihi hingga pertengahan abad ke-13, pembinaannya dilaksanakan selama lebih 600 tahun.

Gua Pahatan Batu Dazu terdiri daripada lebih 70 kumpulan pahatan batu yang dibina di lereng 5 gunung iaitu Gunung Beishan, Gunung Baodingshan, Gunung Nanshan, Gunung Shizhuanshan dan Gunung Shimenshan. Sebanyak lebih 100 ribu arca pahatan batu terpelihara dengan baik di sana.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China