Cari:
Gua Pahatan Batu Dazu (1)
2009-12-23 12:28:39 CRI Cetak

Baik Gua Pahatan Batu Yungang ataupun Gua Pahatan Batu Longmen, arca pahatan batunya merupakan tokoh terkenal agama Buddha, manakala di Gua Pahatan Dazu selain terdapat arca pahatan batu Buddha dan tokoh terkenal agama Buddha, juga wujud arca pahatan batu Konfusius dan tokoh terkenal agama Tao China. Ini jarang terdapat dalam sejarah seni pahatan batu dalam sejarah kebudayaan China. Arca pahatan batu di lereng Gunung Nanshan merupakan arca pahatan batu tokoh terkenal agama Tao yang paling baik dan paling banyak di China, manakala arca pahatan batu Konfusius dan tokoh terkenal fahaman Konfusius di lereng Gunung Shizhuanshan juga jarang dilihat di tempat lain di China. Kesemua arca pahatan batu itu mempunyai nilai tinggi dalam seni pahatan batu dan perkembangan kebudayaan China. Ini juga telah memperlihatkan keharmonian antara tiga jenis agama dan aliran falsafah iaitu agama Buddha, falsafah Konfusius dan agama Tao China.

Satu perbezaan nyata antara Gua Pahatan Batu Dazu dengan gua-gua pahatan batu lain di China ialah sejumlah besar pahatan batu di sana bukan berunsur agama dan merupakan satu-satunya gua pahatan batu sedemikian dalam gua-gua pahatan batu di China. Arca pahatan batu di sana baik Buddha, tokoh terkenal pelbagai agama di China ataupun bangsawan, pegawai kanan, orang awam, nelayan, petani dan lain-lain adalah cerminan sebenar kehidupan sosial pada masa itu. Misalnya air muka arca pahatan batu di sana ramah tamah dan pakaiannya cantik, ini banyak dipengaruh oleh budaya rakyat jelata masyarakat China dan juga telah mencerminkan keadaan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat China, oleh sebab itu, pahatan batu Dazu dianggap sebagai galeri yang menggambarkan kehidupan rakyat jelata dan keadaan masyarakat China pada abad ke-12 dan ke-13.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China