Cari:
Zhao Gao, Orang Yang Menggulingkan Pentadbiran Dinasti Qin
2010-03-06 15:34:31 CRI Cetak

Zhao Gao merupakan keturunan bangsawan negeri Zhao. Dia terpaksa memasuki istana Qin dan menjadi seorang pengawal istana. Boleh dikatakan, beliaulah orang yang bertanggungjawab menggulingkan pentadbiran Dinasti Qin. Kononnya, beliau bertindak demikian disebabkan negeri Qin pernah membunuh 400 ribu askar negeri Zhao dalam Perang Changping. Ibu bapanya juga mati disebabkan kekejaman pentadbiran Dinasti Qin.

Selepas memasuki istana negeri Qin, dia pandai mengambil hati pegawai atasannya dan juga beliau rajin mempelajari undang-undang. Akhirnya, dia mendapat kepercayaan daripada Shihuangdi, Maharaja pertama Dinasti Qin. Baginda telah menugaskan Zhao Gao sebagai guru kepada Hu Hai, iaitu anak ke-26 baginda untuk mengajar anaknya itu dalam ilmu undang-undang.

Pada tahun 210 sebelum Masehi, Shihuangdi mangkat ketikadalam perjalanan membuat peninjauan di luar ibu negara. Sebelum menagkat, baginda mewasiatkan agar Putera Fu Su ditabalkan sebagai Maharaja yang baru. Zhao Gao telah berjaya memujuk Perdana Menteri, Li Si supaya memalsukan wasiat Maharaja Shihuangdi dan Putera Hu Hai menjadi Maharaja. Selain itu, beliau juga berjaya menggunakan nama Shihuangdi untuk menuntut Putera Fu Su dan Jeneral Meng Tian yang menyokong Putera Fu Su untuk membunuh diri.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China