Cari:
Zhao Gao, Orang Yang Menggulingkan Pentadbiran Dinasti Qin
2010-03-06 15:34:31 CRI Cetak

Setelah Hu Hai menaiki takhta, Zhao Gao menghasut baginda agar melaksanakan pentadbiran yang lebih kejam daripada Shihuangdi. Ini telah menggoyangkan asas pentadbiran Dinasti Qin. Di samping itu, Zhao Gao juga telah menghasut Maharaja supaya membunuh ramai pegawai dan jeneral penting, termasuklah Perdana Menteri, Li Si. Seramai 12 orang anak lelaki dan 10 orang anak perempuan Shihuangdi juga turut dibunuh dalam satu pembunuhan beramai-ramai.

Pentadbiran kejam Maharaja Hu Hai telah mengakibatkan pemberontakan di pelbagai tempat. Ddengan tipu helah Zhao Gao, baginda sama sekali tidak tahu mengenai keadaan tegang yang berlaku ketika itu. Ketika pasukan pemberontak mula menyerangi Xianyang, iaitu ibu negara Dinasti Qin, Zhao Gao memaksa baginda membunuh dirinya kerana beliau sendiri mahu menaiki takhta sebagai Maharaja. Bagaimanapun, disebabkan bantahan daripada para pegawai kanan, ia terpaksa memilih Zi Ying, iaitu nak saudara Maharaja Hu Hai sebagai Maharaja baru. Setelah menaiki takhta, Maharaja Zi Ying mengambil keputusan untuk membunuh Zhao Gao. Pada masa itu, pasukan pemberontak yang dimimpin oleh Liu Bang pula telah berjaya masuk ke Xianyang, lalu, baginda menyerah diri kepada Liu Bang, dan pentadbiran Dinasti Qin berjaya digulingkan.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China