Cari:
Han Xin, Jeneral Terkenal pada Awal Zaman Dinasti Han
2010-03-22 10:30:21 CRI Cetak

Han Xin dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin di bandar Huaiyin, Provinsi Jiangsu pada penghujung zaman Dinasti Qin. Beliau telah memberi sumbangan yang luar biasa untuk membantu Raja Han, iaitu Liu Bang untuk menubuhkan Dinasti Han.

Pada permulaannya, bakat Han Xin dalam bidang ketenteraan tidak diketahui oleh Liu Bang. Jadi, hanya dilantik sebagai pegawai rendah yang menguruskan hal-hal logistik tentera sahaja. Namun, kebolehan Han Xin dalam kerja sehari-hari telah menarik perhatian Perdana Menteri, Xiao He. Dengan cadangan beliau, Liu Bang telah melantik Han Xin sebagai jeneral dalam angkatan tenteranya dalam satu upacara yang meriah.

Han Xin telah menganalisis situasi pada masa itu dan mencadangkan supaya Liu Bang menawan kawasan Guanzhong di Provinsi Shaanxi. Beliau menghantar pasukan untuk memperbaiki laluan dari Hanzhong ke Guanzhong, dan ini kelihatan seolah-olah pasukannya akan menyerang Guanzhong dari arah tersebut. Sebenarnya, beliau telah memimpin tenteranya datang ke Chencang secara senyap-senyap. Dengan serangan yang mengejut, kawasan Guanzhong berjaya ditawan dan diduduki oleh tentera Han Xin..

Selepas itu, Han Xin memimpin pasukan yang kecil untuk menghapuskan negeri Zhao. Beliau menempatkan pasukannya di tebing sungai menghadapi musuh dan membelakangi sungai supaya tidak ada cara untuk tenteranya mengundurkan diri lagi, malah mereka mesti berjuang sedaya upaya untuk menuju ke depan. Angkota pasukan Zhao sebenarnya jauh lebih banyak daripada tentera Han Xin. Jeneral Negeri Zhao meresakan ini adalah peluang baik baginya untuk memusahkan pasukan tentera Han dan juga Jeneral Han Xin. Beliau terus memimpin semua pasukan tentera untuk berlepas dari pangkalan untuk menyerang tentera Han. Pada masa itu, sebuah pasukan tentera Han yang menyembunyikan diri berhampiran dengan pangkalan tentera Zhao segera menyerang pangkalan negeri tersebut yang ketika itu hanya dikawal oleh beberapa kumpulan tentera sahaja, dan menggantikan bendera Negeri Zhao dengan bendera Negeri Han. Melihat pangkalan mereka telah diduduki oleh musuh, askar Negeri Zhao terus menjadi kelam kabut. Pasukan Han pula, terus melancarkan serangan dari depan dan belakang, dan berjaya mengalahkan mereka lalu menawan Negeri Zhao.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China