Pada tahun 202 sebelum Masehi, pasukan tentera Han yang dipimpin oleh Han Xin telah bertempur dengan tentera di bawah pimpinan Raja Chu, iaitu Xiang Yu di Gaixia. Pertempuran ini memusnahkan kuasamusuh yang paling kuat bagi Liu Bang, iaitu Xiang Yu, Raja Chu. Dengan bantuan Han Xin, Liu Bang akhirnya berjaya menyatukan China dan menjadi Maharaja.
Han Xin dilantik sebagai Raja Chu oleh baginda. Manakala, hak Han Xin untuk memimpin pasukan juga diambil balik oleh baginda. Pada tahun 196 sebelum Masehi, Han Xin dan beberapa orang pegawai lain yang disyaki belot, telah dituduh merancang untuk menggulingkan baginda. Han Xin dan semua anggota keluarganya telah dihukum dibunuh.