Cari:
Wang Mang, Perampas Kuasa Dinasti Han
2010-04-23 16:40:48 CRI Cetak

Keluarga Wang Mang (tahun 45 sebelum Masehi hingga tahun 23 Masehi) sangat berkuasa pada penghujung era Dinasti Han Barat. Beberapa orang bapa saudaranya merupakan pegawai kanan dalam kerajaan Maharaja Cheng Dinasti Han Barat. Manakala bapanya pula meninggal dunia ketika Wang Meng masih kecil. Kehidupan beliau dan ibunya selepas kematian bapanya diuruskan dengan bantuan daripada ahli keluarga yang lain. Oleh itu, beliau sangat mahir dalam bidang perhubungan dan sentiasa memperlihatkan sikap yang optimis terhadap kehidupan di depan bapa-bapa saudaranya.

Pada suatu ketika bapa saudaranya, Wang Feng jatuh sakit. Beliau sentiasa berada di sisi bapa saudara itu untuk menyuap makan dan memberikan ubat. Hal ini sangat mengharukan bapa-bapa saudaranya yang lain. Mereka pun memperakukannya untuk memegang jawatan pegawai kanan dalam kerajaan. Ramai tokoh terkemuka pada masa itu turut memuji peribadinya yang mulia itu di depan Maharaja. Akhirnya, Wang Mang berjaya menjadi pegawai kanan yang dipercayai dan diizinkan untuk menyertai perbincangan mengenai urusan negara yang penting dan mendampingi baginda.

Walaupun setelah berjawatan tinggi, Wang Mang tetap mengekalkan cara hidup yang sederhana dan sering kali menyokong kenaikan pangkat orang yang berbakat. Pada suatu ketika ibunya jatuh sakit. Pegawai-pegawai kanan terus menghantar isteri masing-masing untuk menziarahi ibunya. Isteri Wang Mang menyambut mereka di pintu. Namun, disebabkan pakaiannya yang amat sederhana, isteri pegawai-pegawai kanan itu tersalah sangka dan menganggapnya sebagai pembantu rumah Wang Mang.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China