Cari:
Wang Mang, Perampas Kuasa Dinasti Han
2010-04-23 16:40:48 CRI Cetak

Setelah Maharaja Cheng mangkat, Maharaja Ai telah naik takhta. Baginda berasa tidak puas hati kerana pentadbiran kerajaan dikuasai oleh ahli keluarga Wang Mang. Wang Mang terpaksa meletakkan jawatan walaupun dengan berat hati. Tidak berapa lama kemudian, Maharaja Ai pula mangkat, dengan sokongan ibu suri Maharaja Cheng, Wang Mang dilantik sebagai pegawai yang membantu Maharaja Ping, iaitu maharaja baru, untuk menguruskan hal ehwal politik negara. Untuk memperkukuh kedudukannya, Wang Mang menjadikan anak perempuannya sendiri sebagai permaisuri Maharaja Ping. Walau bagaimanapun, ketika baginda memperlihatkan rasa tidak puasa hatinya terhadap Wang Mang, beliau telah meracuni baginda dan memilih seorang anak yang baru berumur 2 tahun sebagai Maharaja baru.

Pada tahun 8 Masehi, Wang Mang mengumumkan untuk menggulingkan pentadbiran Dinasti Han dan naik takhta sebagai Maharaja Dinasti Xin. Selepas itu, beliau membuat pelbagai perubahan untuk mengukuhkan pentadbirannya. Namun, perubahan tersebut gagal memberikan kesan baik, sebaliknya mengakibatkan masyarakat menjadi tidak stabil. Dua pasukan pemberontak kaum tani, iaitu Pasukan Lulin dan Chimei menjadi semakin kuat. Pada tahun 23 Masehi, tentera Wang Mang dikalahkan oleh Pasukan Lulin. Pada 1 Oktober tahun itu, ibu negara Chang'an diruntuhkan, dan Wang Mang pun dibunuh oleh penyokong pasukan Lulin.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China