Cari:
Liu Xiu, Maharaja Yang Membangkitkan Semula Dinasti Han
2010-05-04 10:41:11 CRI Cetak

Liu Xiu dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya di Nanyang pada tahun 6 sebelum Masehi. Apabila pemberontakan menentang pentadbiran Wang Mang tercetus, Liu Xiu menyertai pasukan pemberontakan Lulin yang diketuai oleh Liu Xuan atas nama memulihkan pentadbiran Dinasti Han. Dengan kebolehannya yang istimewa dalam bidang ketenteraan dan keberaniannya yang luar biasa, Liu Xiu yang memimpin pasukan Lulin itu terus menewaskan tentera Wang Mang dan akhirnya berjaya menggulingkan pentadbiran Wang Mang.

Selepas itu, Li Xiu berasa tidak puas hati lagi dengan kedudukannya yang di bawah Liu Xuan. Beliau memilih Hebei sebagai pangkalannya untuk membangunkan kekuatannya. Dengan sokongan penduduk-penduduk tempatan, Liu Xiu telah menyatukan kawasan di sebelah utara Sungai Kuning. Pada tahun 25 Masehi, Liu Xiu naik takhta sebagai Maharaja Guangwu. Selepas itu, Liu Xiu menewaskan tentera Liu Xuan dan memilih Luo Yang sebagai ibu kota pentadbirannya. Kemudian, sepanjang 10 tahun berikutnya, baginda berusaha menghapuskan kuasa-kuasa lain di pelbagai tempat, dan akhirnya berjaya menyatukan negara pada tahun 36 Masehi. Dinasti yang didirikan oleh Liu Xiu ini dikenali sebagai Dinasti Han Timur oleh pakar sejarah China.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China