Di pelbagai tempat di China terdapat puluhan ribu buah pagoda agama Buddha. Agama Buddha China dikembangkan dari India, tetapi reka bentuk pagoda agama Buddha di China tetap memperlihatkan keistimewaan seni bina tradisional China. Pagoda Kayu di Kaunti Ying Provinsi Shanxi China merupakan pagoda agama Buddha yang diperbuat daripada kayu yang paling tinggi dan paling lama yang wujud di China.
Pagoda Kayu Kaunti Ying yang juga dikenali sebagai Pagoda Sakya Kuil Fogong terletak di Kaunti Ying Provinsi Shanxi di bahagian utara China. Pagoda ini mula dibina pada tahun 1056, iaitu pada zaman Dinasti Liao, dan pembinaannya mengambil masa selama 140 tahun. Pagoda setinggi 70 meter ini dibina di atas dasar setinggi 4 meter, garis tengah tingkat bawahnya panjangnya 30 meter. Pembinaan pagoda ini menggunakan 3000 meter padu kayu pohon cemara merah, yang beratnya kira-kira 300 tan.