Cari:
Tuoba Hong, Pembaharu Tersohor Etnik Minoriti China
2010-07-12 13:29:43 CRI Cetak

Etnik Xianbei merupakan etnik minoriti yang menjadi makmur selepas etnik Hun musnah. Pada tahun 386 Masehi, Tuoba Gui menubuhkan negeri Wei Utara dan menyatukan bahagian utara China. Tuoba Hong merupakan raja ke-6 negeri Wei Utara. Beliau naik takhta pada tahun 471 Masehi ketika baru berumur 5 tahun. Ketika itu, negerinya ditadbirkan oleh neneknya. Neneknya telah mengundang bangsawan etnik Han untuk mengajar Tuoba Hong karya klasik Konfusius dan pengalaman pentadbiran etnik Han.

Pada tahun 490, nenek Tuoba Hong meninggal dunia, Baginda mula mentadbirkan sendiri kerajaannya dan melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh mengikut gaya etnik Han.

Sebelum ini, baginda telah memindahkan ibu negaranya ke Luoyang, kerana ibu negara yang lama itu tidak lagi dapat memenuhi rancangan pembangunan sosioekonomi. Manakala Luoyang pula, sejak sekian lama, merupakan pusat politik, ekonomi dan budaya etnik Han. Selain itu, puak konservatif mempunyai pengaruh yang besar di ibu negara yang lama itu. Untuk menjayakan rancangan pembaharuan tersebut, baginda terpaksa mengatasi pelbagai halangan dan memindahkan ibu negara ke Luoyang pada tahun 494.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China