Cari:
Biara Puning di Bandar Chengde
2010-09-02 10:01:58 CRI Cetak

Chengde ialah sebuah bandar purba di kawasan utara China. Pada zaman Dinasti Qing, Chengde ialah pusat politik kedua selain Beijing, dan pusat upacara keagamaan yang penting. Kerajaan Dinasti Qing telah membina 8 buah biara agama Buddha Tibet, iaitu di timur laut kawasan rehat maharaja pada musim panas. Biara ini besar, dan kelihatan amat megah.

Antara 8 biara tersebut, Biara Puning merupakan biara yang masih dipelihara dengan baik.

Biara Puning terletak di timur laut Bandar Chengde. Luasannya 33 kilometer persegi. Ia dibina pada tahun 1775. Pada masa itu, maharaja Qian Long telah berjaya menggagalkan pemberontakan di kawasan sempadan, memperkukuh kawasan sempadan di barat laut, mengekalkan kesatuan negara, sehingga pelbagai etnik dapat hidup bersama secara damai. Oleh itu, biara itu dinamakan Biara Puning, yang bermakna aman sentosa turun temurun.

Biara tersebut terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian depan ialah bangunan dengan seni bina etnik Han, manakala, bahagian belakang ialah bangunan dengan seni bina etnik Tibet.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China