Cari:
Biara Puning di Bandar Chengde
2010-09-02 10:01:58 CRI Cetak

Bangunan utama dalam biara ini ialah Dewan Daxiong, tempat diadakan aktiviti dan upacara agama. Menurut tradisi dan amalan agama Buddha, pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan menurut kalendar China, penganut agama ini akan datang membakar dupa di biara, untuk memohon restu supaya hidup mereka bahagia dan aman sentosa.

Kini, kebanyakan Lama di Biara Puning datang dari Mongolia Dalam. Mereka dengan sukarela menjadi lama di biara ini, pihak pengurus biara ini memberikan wang saraan kepada mereka setiap bulan.

Di Biara Puning ini juga terdapat satu pasukan orkestra yang terdiri daripada beberapa orang Lama. Mereka akan bermain muzik ketika upacara keagamaan yang penting diadakan. Selain itu, mereka juga mengadakan persembahan di biara-biara di tempat yang lain.

Kita juga boleh melawat tempat tinggal mereka. Di bilik mereka ada peralatan moden, seperti TV dan komputer. Selain itu, gelanggang bola sepak dan meja pingpong serta pelbagai kemudahan sukan yang lain juga disediakan oleh biara ini kepada Lama supaya mereka dapat beriadah pada waktu lapang serta mengadakan pelbagai aktiviti hiburan sesudah mengadakan aktiviti keagamaan dan belajar.

Biara ini memberikan perhatian yang berat kepada kehidupan Lama. Di sini, ada tukang masak yang khusus untuk memasak makanan bagi Lama ini. Perkhidmatan telefon panggilan jauh juga disediakan di kawasan kediaman mereka ini untuk memudahkan komunikasi antara lama dengan anggota keluarga mereka. Pada musim sejuk, mereka juga diberi selimut tebal kapas, selimut dan wol, supaya mereka dapat melaksanakan aktiviti agama dengan tenang. Selama berbelas-belas tahun yang lalu, tidak ada sebarang masalah yang berlaku antara lama dengan kerajaan tempatan. Para Lama menyatakan bahawa mereka akan terus melaksanakan aktiviti agama Buddha di Biara Puning, dan memberikan sumbangan kepada perkembangan agama Buddha di Bandar Chengde.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China