Cari:
Yue Fei, Pahlawan Setia Yang Berkhidmat untuk Negara
2010-09-19 15:37:19 CRI Cetak

Yue Fei dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin pada tahun 1103. Sejak kecil, beliau rajin membaca pelbagai jenis buku, lebih-lebih lagi buku tentang teori ketenteraan. Beliau juga mahir teknik berjuang dengan menggunakan pelbagai jenis senjata melalui latihan yang ketat. Pada tahun 1126, ketika menyelamatkan bandar Bianliang, ibu negara Dinasti Song Utara yang telah dikepung oleh tentera negeri Jin, Yue Fei menyertai tentera pimpinan Zong Ze. Sebelum meninggalkan rumah, ibunya mencucukkan perkataan "bersetia dan berkhidmat untuk negara" pada belakang Yue Fei. Meskipun pasukan Yue Fei telah beberapa kali menewaskan pasukan Jin, namun, tetap gagal menyelamatkan pentadbiran Song Barat daripada keruntuhan. Pada tahun 1127, Bianliang telah ditawan sementara, Maharaja Hui dan Qin pula diculik oleh tentera Jin. Pada bulan kelima tahun itu, Gaozong menaiki tahkta, baginda berundur ke kawasan selatan China dan memulakan pentadbiran Song Selatan.

Maharaja Gaozong kerap kali menggunakan taktik dengan melarikan diri ketika menghadapi serangan dari Jin. Meskipun jawatan Yue Fei agak rendah dalam tentera, beliau juga mengemukakan cadangan untuk menyerang penceroboh di bahagian utara. Langkah ini menimbulkan kemarahan kaum yang menyerahkan diri dalam kerajaan. Akhirnya, Yue Fei dipecat. Yue Fei terpaksa menyertai lagi pasukan Zong Ze. Setelah Zong Ze meninggal dunia, Yue Fei bersumpah akan meneruskan hasratnya untuk merampas kembali wilayah Dinasti Song serta menyelamatkan Maharaja Hui dan Qin. Pada tahun 1129, Jenerai negeri Jin, Wuzhu telah membawa tenteranya untuk menceroboh ke selatan. Yue Fei memimpin pasukannya buat kali enam berturut-turut dan berjaya menewaskan tentera penceroboh Jin. Pada tahun 1130, pasukan Yue fei berjaya merampas kembali bandar Jiankang. Selepas itu, pasukan Yue Fei terus membalas serangan dari penceroboh di utara dan juga mematahkan pemberontakan di kawasan selatan, dan memberi sumbangan yang cemerlang untuk mengukuhkan pentadbiran Dinasti Song Selatan. Baginda telah menganugerahi beliau bendera tentera yang ditulis "Yue Fei yang setia" yang diserahkan sendiri oleh baginda.

Baginda hanya mahu mengawal pentadbiran di selatan sahaja. Pada tahun 1136, atas desakan yang semakin kuat, baginda terpaksa bersetuju dengan cadangan Yue Fei, Han Shizhong dan beberapa jeneral yang lain memimpin tenteranya untuk berperang dengan penceroboh di utara. Dalam serangan kali ini, Yue Fei berjaya merampas beberapa buah bandar penting. Manakala, pasukan yang dipimpin oleh orang lain tidak ikut memerangi musuh, tanpa sokongan dari pasukan yang lain, Yue Fei terpaksa mengundurkan diri. Negeri Jin menandatangani perjanjian damai dengan Dinasti Song Selatan.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China