Cari:
Yue Fei, Pahlawan Setia Yang Berkhidmat untuk Negara
2010-09-19 15:37:19 CRI Cetak

Pada tahun 1140, tentera Jin sekali lagi mencerobohi Song Selatan. Yue Fei memimpin pasukannya untuk membalas serangan Jin dan berjaya menewaskan tentera utama Jin di pekan Zhuxian. Ketika Yue Fei bersiap untuk menyerangi Huanglong, ibu negeri Jin, Maharaja Gaozong mengarahkan Yue Fei supaya segera berundur sebanyak12 kali berturut-turut. Yue Fei menyatakan dengan sedih bahawa usahanya selama sepuluh tahun telah musnah hanya dalam sehari sahaja. Bandar-bandar yang telah berjaya dirampas kembali hilang dalam masa sehari sahaja. Pentadbiran Song tidak mungkin dibangkitkan semula. Ketika balik ke ibu negara, Yue Fei terus dijatuhkan hukuman penjara dan diracun hingga mati dengan dakwaan yang tidak jelas.

Daripada 126 kali pertempuran yang dipimpin oleh Yue Fei, pasukannya tidak pernah tewas walau sekali pun. Manakala musuhnya, iaitu tentera Jin pula menyatakan adalah lebih mudah untuk menggoyangkan gunung daripada menggoyangkan pasukan Yue Fei yang terlalu sukar.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China