Cari:
Qianlong, Maharaja Yang Meneruskan Kemakmuran Zaman Maharaja Kangxi
2010-11-21 17:28:35 CRI Cetak

Maharaja Qianlong ialah putera keempat Maharaja Yongzheng. Sejak kecil, baginda sangat disayangi oleh datuknya, Maharaja Kangxi kerana kecerdasannya. Pada tahun 1735, ayahandanya, Maharaja Yongzheng mangkat, dan Qianlong pun naik takhta pada umurnya 25 tahun.

Maharaja Qianlong melaksanakan sistem pentadbiran yang agak longgar. Baginda telah membebaskan sekian banyak ahli keluarga diraja yang dihukums oleh ayahandanya dan juga mengurangkan jumlah sami dan pemimpin ajaran Tao yang mempunyai hak istimewa di seluruh negara. Ini telah meredakan konflik sosial. Di samping itu, baginda juga mengambil tindakan tegas terhadap pegawai yang terlibat dalam kes rasuah dan berusaha menjamin keberkesanan sistem pentadbiran Dinasti Qing.

Maharaja Qianlong berhasrat menjadi seorang maharaja yang baik. Baginda rajin menguruskan hal-ehwal negara dan memberikan perhatian kepada rakyat. Baginda menggalakkan pembangunan pertanian dan pernah beberapa kali memerintahkan supaya cukai dihapuskan di seluruh negara. Pembangunan masyarakat feudal di China telah mencapai kemuncaknya di bawah pentadbiran Maharaja Qianlong. Zaman pentadbiran dari Maharaja Kangxi hingga Maharaja Qianlong digelar sebagai "zaman kemakmuran Kang Qian".


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China