Cari:
Qianlong, Maharaja Yang Meneruskan Kemakmuran Zaman Maharaja Kangxi
2010-11-21 17:28:35 CRI Cetak

Menurut penilaian baginda terhadap sejarah, perkara yang paling membanggakan baginda ialah perang yang berlaku di bahagian barat dan lawatan baginda ke bahagian selatan. Antaranya, perang di bahagian barat laut telah menyelesaikan masalah pemberontakan kaum Jungger di kawasan Xinjiang dan Mongolia Dalam yang telah berlangsung selama seratus tahun. Di samping itu, baginda juga menewaskan pencerobohan orang Gorkha terhadap Tibet, melantik pegawai di Tibet dan menguatkuasakan "Peratuan Tibet Yang Ditetapkan oleh Maharaja". Langkah ini telah meningkatkan pentadbiran kerajaan pusat di kawasan Tibet. Perang-perang yang berlangsung pada zaman Maharaja Qianlong juga mengasaskan wilayah China moden.

Bagaimanapun, ketika baginda sudah tua, pentadbirannya menjadi lemah. Pemberontakan berlaku dalam negara, manakala kuasa imperialisme dari luar pula mula mendambakan China yang begitu kaya. Pada tahun 1796, baginda menyerahkan tahkta kepada puteranya dan tiga tahun selepas itu, baginda pun mengkat pada usianya 89 tahun. Maharaja Qianlong juga merupakan maharaja yang paling panjang umurnya di China.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China