Cari:
Inxu dan Perkataan yang Dipahat pada Karapas Kura-Kura dan Tulang Binatang
2011-02-03 16:20:28 CRI Cetak

Sejak tahun 1928, banyak artifak telah ditemui di Yinxu. Manakala salah satu penemuan yang paling penting dalam sejarah kaji purba dunia pula ialah penemuan perkataan yang dipahat pada kulit atau karapas kura-kura dan tulang binatang di Yinxu.

Perkataan yang dipahat pada karapas kura-kura dan tulang binatang ini menggunakan huruf purba. Pada zaman Dinasti Shang, raja mesti melakukan penelahan sebelum melaksanakan perkara-perkara yang penting. Karapas kura-kura dan binatang merupakan alat untuk melakukan penelahan.

Ahli sihir yang mengawal penelahan itu memahat namanya, tarikh dan soalan yang ditanyakan pada karapas kura-kura atau tulang binatang itu. Kemudian dia membakar karapas tersebut. Retakan muncul pada karapas tersebut setelah dibakar. Ahli sihir itu mengkaji taburan retakan tersebut dan mendapat rumusan serta jawapan kepada soalan yang ditanya berdasarkan taburan retakan tersebut. Rumusan dan jawapan itu juga dipahat olehnya pada karapas dan tulang itu. Apabila penelahan tersebut dibuktikan selepas itu, karapas dan tulang tersebut disimpan sebagai bahan arkib rasmi.

1 2 3 4
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China