Selain perkataan yang dipahat pada karapas kura-kura dan tulang binatang, banyak artifak lain juga telah ditemui di Yinxu. Dalam masa lebih 70 tahun ini, lebih 50 buah tapak peninggalan istana diraja, rumah berhala dan bangunan-bangunan lain, 12 buah makam raja atau anggota keluarga diraja, ribuan buah kubur bangsawan dan rakyat jelata, 5 buah bengkel, dan lebih 30 buah makam yang mengandungi kuda dan pedati telah ditemui di Yinxu. Sejumlah besar barangan tembaga, jed, tembikar dan tulang telah dikeluarkan dari tempat-tempat peninggalan sejarah ini.